Followers

Rabu, 24 Jun 2015

Ilmu

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Dapat lagi penulis menyentuh blog ini setelah sekian lama berdiam diri. Apa khabar semua pembaca? Bosan? Mengapa? Blog ini sudah kurang ilmiah? Hehehehe. Maaflah. Penulis sedikit hanyut dengan arus dunia. Besar bahananya. Ish ish ish. Kita mahu bincang tentang apa hari ini? Ya. Penulis ada idea. Apa kata kita bicara tentang ilmu? Mesti banyak yang boleh diperkatakan di bawah tajuk ilmu.

Apakah ilmu? Ilmu ialah kata lain bagi pengetahuan. Ilmu ini dicari oleh manusia daripada zaman nabi Adam sehingga kini. Ilmu dikatakan mempunyai kuasa yang besar dalam mengubah kehidupan manusia. Dengan ilmu, manusia dapat menggunakan elektrik. Dengan ilmu, manusia dapat menggunakan internet. Dengan ilmu juga, manusia dapat mengenal tuhannya.

Dari manakah datangnya ilmu? Ilmu datang daripada pelbagai cara. Pembacaan, pemerhatian, pendengaran, ceramah dan sebagainya. Ada ilmu yang datang daripada pembacaan. Contohnya, kita membaca majalah hiburan. Di dalam majalah tersebut, ada dinyatakan bahawa Hazama telah membeli kasut baharu. Itu juga adalah ilmu walaupun ianya tidak bermanfaat. Hehehehe.

Ilmu daripada segi istilah ialah apa yang mampu memajukan diri kita daripada aspek ekonomi, kemahiran dan kematangan. Jika ianya hanya menambah pengetahuan tentang dunia hiburan, itu hanyalah ibarat baju yang kita buat lap lantai. Berguna untuk benda-benda kotor sahaja. Tak menjejaskan imej kita jika tidak dipakai.

Bagaimana hendak mendapat ilmu? Daripada pembacaan juga boleh didapati ilmu yang dicari. Namun lebih afdhal jika bertalaqqi dengan guru yang mursyid. Siapa? Para ulama' yang bertaburan di atas muka bumi ini. Itu adalah sumber ilmu utama. Perlu bertalaqqi kerana nabi mengajar begitu. Nabi sentiasa menjadi rujukan para sahabat dan nabi berpesan bahawa ulama' itu adalah pewaris para nabi. Maka layaklah mereka yang digelar ulama' itu menjadi rujukan sebagaimana para nabi yang menjadi rujukan ummatnya.

Habis tu, bro. Macam mana pula kalau orang tu dapat ilmu pengetahuan daripada jin? Haish! Adakah perkara yang jin itu tuturkan pernah diberitahu oleh nabi Muhammad? Ya. Jika begitu, siapa yang menyatakannya terlebih dahulu? Nabi Muhammad atau jin tersebut? Semestinya nabi Muhammad. Tapi jin tu hidup sebelum zaman nabi lagi. Hmm, adakah anda mahu menyatakan bahawa nabi mendapat ilmu daripada jin sedangkan nabi tidak pernah mengatakan sesuatu melainkan diajarkan oleb Allah terlebih dahulu?

Macam mana pula nak tahu orang itu betul-betul ulama'? Ulama' dari segi bahasa ialah orang yang mempunyai ilmu. Dari segi istilah, ulama' itu maksudnya orang yang pakar di dalam sesuatu bidang sehingga dia mampu menjawab setiap persoalan dengan mudah dan tepat serta tawadhu'. Itu ciri-ciri ulama'. Dia hanya mengatakan kebenaran tanpa berpihak pada sesiapa. Jika sesuatu itu salah, maka dia akan kata salah tanpa memikirkan kepentingan peribada dari sudut jawatan ataupun wang ringgit.

Bagaimana dengan sesetengah ulama' yang menyebelahi kerajaan? Adakah mereka begitu? Wallahua'lam. Yang tu jangan tanya. Penulis ni bukannya ahli politik. Tapi apa yang penulis tahu, yang haram tetap haram, yang halal tetap halal. Tak nak bahas-bahas politik ni. Politik-politik ni jangan main dalam ini blog. Nanti gua pancung sama lu punya barbie doll ataupun patung ultraman. Biar lu gerun sama gua. Ok, tak takut.

Ada orang tanya, adakah ilmu matematik itu sebahagian daripada ilmu yang disuruh oleh Allah untuk kita menuntutnya? Jawapannya, ya. Allah suruh kita tuntut ilmu yang bermanfaat. Adakah ilmu matematik itu bermanfaat? Jika ya, tuntutlah ia. Apa maksud bermanfaat? Bermanfaat itu ialah perkara yang mampu membawa kebaikan kepada semua orang. Contoh, GST membawa kebaikan kepada rakyat dan kerajaan. Maka, menteri yang mengkaji dan melaksanakan GST itu telah melakukan sesuatu yang bermanfaat. Contoh saja. Jangan ada yang ambil hati. Nanti marah tunang aku. Ok, tak lawak.

Nah! Ini sahajalah ilmu yang penulis larat nak jelaskan. Kalau nak lagi, bolehlah contact penulis. Ada je letak nombor telefon di ruangan about me tu. Pandai-pandai la korang baca. Sekian sahaja daripada penulis. Segala ilmu yang baik itu datangnya daripada Allah, maka kita mintalah daripada Allah. Wassalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan