Followers

Rabu, 24 Jun 2015

Ilmu

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Dapat lagi penulis menyentuh blog ini setelah sekian lama berdiam diri. Apa khabar semua pembaca? Bosan? Mengapa? Blog ini sudah kurang ilmiah? Hehehehe. Maaflah. Penulis sedikit hanyut dengan arus dunia. Besar bahananya. Ish ish ish. Kita mahu bincang tentang apa hari ini? Ya. Penulis ada idea. Apa kata kita bicara tentang ilmu? Mesti banyak yang boleh diperkatakan di bawah tajuk ilmu.

Apakah ilmu? Ilmu ialah kata lain bagi pengetahuan. Ilmu ini dicari oleh manusia daripada zaman nabi Adam sehingga kini. Ilmu dikatakan mempunyai kuasa yang besar dalam mengubah kehidupan manusia. Dengan ilmu, manusia dapat menggunakan elektrik. Dengan ilmu, manusia dapat menggunakan internet. Dengan ilmu juga, manusia dapat mengenal tuhannya.

Dari manakah datangnya ilmu? Ilmu datang daripada pelbagai cara. Pembacaan, pemerhatian, pendengaran, ceramah dan sebagainya. Ada ilmu yang datang daripada pembacaan. Contohnya, kita membaca majalah hiburan. Di dalam majalah tersebut, ada dinyatakan bahawa Hazama telah membeli kasut baharu. Itu juga adalah ilmu walaupun ianya tidak bermanfaat. Hehehehe.

Ilmu daripada segi istilah ialah apa yang mampu memajukan diri kita daripada aspek ekonomi, kemahiran dan kematangan. Jika ianya hanya menambah pengetahuan tentang dunia hiburan, itu hanyalah ibarat baju yang kita buat lap lantai. Berguna untuk benda-benda kotor sahaja. Tak menjejaskan imej kita jika tidak dipakai.

Bagaimana hendak mendapat ilmu? Daripada pembacaan juga boleh didapati ilmu yang dicari. Namun lebih afdhal jika bertalaqqi dengan guru yang mursyid. Siapa? Para ulama' yang bertaburan di atas muka bumi ini. Itu adalah sumber ilmu utama. Perlu bertalaqqi kerana nabi mengajar begitu. Nabi sentiasa menjadi rujukan para sahabat dan nabi berpesan bahawa ulama' itu adalah pewaris para nabi. Maka layaklah mereka yang digelar ulama' itu menjadi rujukan sebagaimana para nabi yang menjadi rujukan ummatnya.

Habis tu, bro. Macam mana pula kalau orang tu dapat ilmu pengetahuan daripada jin? Haish! Adakah perkara yang jin itu tuturkan pernah diberitahu oleh nabi Muhammad? Ya. Jika begitu, siapa yang menyatakannya terlebih dahulu? Nabi Muhammad atau jin tersebut? Semestinya nabi Muhammad. Tapi jin tu hidup sebelum zaman nabi lagi. Hmm, adakah anda mahu menyatakan bahawa nabi mendapat ilmu daripada jin sedangkan nabi tidak pernah mengatakan sesuatu melainkan diajarkan oleb Allah terlebih dahulu?

Macam mana pula nak tahu orang itu betul-betul ulama'? Ulama' dari segi bahasa ialah orang yang mempunyai ilmu. Dari segi istilah, ulama' itu maksudnya orang yang pakar di dalam sesuatu bidang sehingga dia mampu menjawab setiap persoalan dengan mudah dan tepat serta tawadhu'. Itu ciri-ciri ulama'. Dia hanya mengatakan kebenaran tanpa berpihak pada sesiapa. Jika sesuatu itu salah, maka dia akan kata salah tanpa memikirkan kepentingan peribada dari sudut jawatan ataupun wang ringgit.

Bagaimana dengan sesetengah ulama' yang menyebelahi kerajaan? Adakah mereka begitu? Wallahua'lam. Yang tu jangan tanya. Penulis ni bukannya ahli politik. Tapi apa yang penulis tahu, yang haram tetap haram, yang halal tetap halal. Tak nak bahas-bahas politik ni. Politik-politik ni jangan main dalam ini blog. Nanti gua pancung sama lu punya barbie doll ataupun patung ultraman. Biar lu gerun sama gua. Ok, tak takut.

Ada orang tanya, adakah ilmu matematik itu sebahagian daripada ilmu yang disuruh oleh Allah untuk kita menuntutnya? Jawapannya, ya. Allah suruh kita tuntut ilmu yang bermanfaat. Adakah ilmu matematik itu bermanfaat? Jika ya, tuntutlah ia. Apa maksud bermanfaat? Bermanfaat itu ialah perkara yang mampu membawa kebaikan kepada semua orang. Contoh, GST membawa kebaikan kepada rakyat dan kerajaan. Maka, menteri yang mengkaji dan melaksanakan GST itu telah melakukan sesuatu yang bermanfaat. Contoh saja. Jangan ada yang ambil hati. Nanti marah tunang aku. Ok, tak lawak.

Nah! Ini sahajalah ilmu yang penulis larat nak jelaskan. Kalau nak lagi, bolehlah contact penulis. Ada je letak nombor telefon di ruangan about me tu. Pandai-pandai la korang baca. Sekian sahaja daripada penulis. Segala ilmu yang baik itu datangnya daripada Allah, maka kita mintalah daripada Allah. Wassalam.


Jumaat, 5 Jun 2015

Sekejap Je

Assalamu'alaikum

Hari ni dah settle 2 paper exam. Tafsir dan Hifzul Quran. Best gila bohh! Dua paper dala keadaan ngantuk. Huhuhu. Malam semalam tak boleh tidur la katakan. Pukul 2 baru boleh lelap. Itupun banyak kali terjaga. Agak stress sikit malam tadi. Diredakan dengan qasidah, nasyeed kumpulan rabbani dan sedikit lagu dubstep. Hari ni penulis nak berjiwang sikit boleh? Kita bikin puisi rabak. Biasalah. Orang tak reti buat puisi nak buat puisi. Memang rabaklah ceritanya. Apa-apa pun, baca je. Kalau nak muntah, muntah je. Tak payah tahan. Kejiwangan tahap gaban. Muahahaha!


----------
Kasih
Andai kau fahami hatiku
Maka kau akan tahu
Bahawa cintaku bukanlah palsu
Namun aku masih punya nafsu
Ingin bermanja denganmu
Ingin melihat senyumanmu
Ingin sahaja kusentuh wajahmu

----------
Ya
Aku masih jahil
Aku masih bodoh
Membezakan baik dan buruk
Bukan kerana aku tidak tahu
Tetapi kerana aku dicengkam nafsu
Nafsu yang masih menguasai diriku
Maaf, ini semuanya salahku

----------
Kasih
Andai kau membaca ini
Ketahuilah akan dikau
Bahwa aku amat mencintai
Namun aku relakan kau pergi
Kuharap kau juga begitu
Bukan berpisah
Ibarat bermain layang-layang
Dilepaskan tinggi di awan
Namun tali masih dipegang
Erat tanda cinta dan doa
Yang sering meniti di bibir

----------
Wahai tuhanku
Jadikanlah antara aku dan dia
Sebuah ikatan yang erat lagi halal
Seerat pegangan akidah Sumayyah
Seerat rindu Hanzalah pada syahid
Seerat cinta Ali pada Fatimah
Sungguh Engkau Maha Berkuasa
Engkau Maha Agung
Satukanlah kami ya Allah
Demi menegakkan agama-Mu

~Ibnu Rie~
5:22 p.m.
5 Jun 2015

Ahad, 17 Mei 2015

Kembara Jana

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Telah tiba di homestay yang ditetapkan. Kali keberapa aku jejakkan kaki di bumi Kamunting ini pun aku tak tahu. Dahulu bersama ibu bapa dan adik-adik aku. Tapi kali ni bersama isteri dan anak-anak. Kenangan remaja menjengah kepala. Banyak kenangan keluargaku di sini. Aku sangat suka jika ayahku merancang untuk bercuti di sini. Suasananya tenang. Walaupun tak banyak aktiviti tetapi tetap rasa seronok.

Aku dan anak-anak mula memunggah barang dari dalam kereta ke dalam rumah. Isteriku sedang sibuk menguruskan anak kami yang paling kecil. Sampai di homestay aje terus meragam. Lampin dah berat la tu. Selesai memunggah, aku mengajak isteri dan anak-anakku ke Taiping Sentral. Hehehe. Tempat lepak masa aku budak-budak. Isteri aku pun tak tahu itu port dating aku dengan awek lama masa sekolah. Pasal aku kenal dengan isteri aku pun masa di kolej. Jangan kasi tau sama dia aa!

Sampai sahaja di Taiping Sentral atau lebih dikenali sebagai TS oleh budak-budak Taiping, kami terus ke KFC untuk menjamu selera. Laparlah juga. Perjalanan dari Bangi mengambil masa 4 jam. Ada berhenti makan. Tapi budak-budak tu je la yang makan. Mak dengan ayahnya tumpang gembira je. Hehehe.

Selesai makan, Kegilaan pun bermula. Cari outlet nak shopping. Anak-anak aku asyik tengok kedai mainan. Apa lagi, layan kehendak diorang sahajalah gamaknya. Bertambah lagi la koleksi mainan kat rumah tu. Aku mula plan something dengan isteri aku. Kedai baju jadi sasaran kami. Aku carikan baju untuk isteri, dia pula carikan baju untuk aku. Dah faham citarasa masing-masing. Kata cinta. Takkan tak tahu hati budi masing-masing.

Cari baju bukan susah. Sekejap je aku dah jumpa baju yang sesuai untuk isteri aku. Jubah muslimah warna krim. Pergelangan tangan warna merah. Tak besar. Sebab isteri aku pun kecik molek je orangnya. paras bahu atau leher aku je orangnya. Dia pula jumpa baju yang memang aku suka. Kemeja plain warna hitam. Bahu warna merah dan ada corak tribal di belakang. Heh! Citarasa masa aku remaja. Still minat sampai sekarang.

Selesai shopping baju, aku mula nak melayan minat aku yang tersendiri. Aku merayau bersama famili mencari outlet yang aku inginkan. Aish! Mana ni? Tak jumpa pula. Agak lama kemudian baru jumpa. Kedai IT yang menjual pelbagai barang-barang kegemaran aku. Headphone, laptop, hard disc dan macam-macam lagi barangan komputer yang sentiasa memenuhi minat aku sebagai gamer yang masih belum pencen. Hehehe.

Tapi aku masuk sekejap sahaja. Anak-anak aku pun teruja tengok kedai tu. Terutama anak lelaki sulung aku, Muhammad. Mewarisi hobi ayahnya dalam gaming. Hehehe. Muka pun ada ala-ala ayahnya tapi mungkin lebih hensem. Almaklumlah. Orang muda. Umur dah 16. Memang hensem. Kegilaan budak perempuan di sekolahnya. Dah ayahnya dulu pun macam tu juga. Eh! Apa aku mengarut ni?

"Abang, kita nak solat di mana?" Isteriku menarikku dari lamunan.

"Kita solat di homestay sahajalah. Awal lagi ni." Aku melihat jam yang baru menunjukkan pukul 2 tengah hari. Memang masih awal. Kami pun memang nak bergerak balik ke homestay.

Sampai sahaja di homestay, aku menyuruh anak-anakku solat berjemaah. Yang paling kecil sahaja tidak terlibat. Diimamkan oleh anak sulung aku dan dimakmumkan oleh 4 orang adiknya. Memang aku suruh diorang berjemaah sebegitu. Mengajar si abang untuk memimpin dan mengajar adik-adik untuk hormat pada abang mereka sebagai imam.

Aku baring sebentar di dalam bilik. Allahu. Dahulu, ibu dan ayahku yang tidur di dalam bilik ini. Kini, aku pula yang tidur di sini. Teringat kenangan di zaman remaja. Pelbagai suka duka untuk aku meningkat menjadi seorang lelaki dewasa. Jalan nakal yang aku pernah lalui. Jalan dakwah yang pernah aku rintangi. Jalan cinta yang pernah aku nikmati. Semuanya membawa kepada aku yang hari ini.

"Abang dah solat?" Isteriku bertanya setelah dia selesai solat serta berzikir dan berdoa.

"Ada nampak abang dah solat ke?" Aku menjawab tersenyum. Isteriku juga tersenyum. Gurauanku memang begitu.

"Alah, abang ni! Orang tanya je." Heh! Dah nak masuk 40 tahun pun manja lagi. Ada yang nak kena cubit nanti ni.

"Hehehe. Tunggu sekejap. Abang nak solat. Lepas solat, kita lepak kat ruang tamu, tengok televisyen."

"Ok!" Aiseymen! Masih comel macam dulu. Haih! Nasib baik aku pilih dia pasal akhlak dia. Kalau aku pilih perempuan yang lawa, belum tentu comel macam isteri aku ni.

Aku masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhu'. Eh! Bau apa ni? Macam bau... mayat! Astagfirullah. Ya Allah. Jauhkanlah keluargaku ini daripada apa yang pernah terjadi kepada aku dan adik-beradik aku. Minta jauh. Aku dah serik kena ganggu dengan benda tu. Cukuplah keluarga aku derita dahulu. Aku tak mahu anak-anak dan isteri aku ditimpa perkara yang sama.

"Ketua Panglima!" Suara sayup-sayup kedengaran. Dah mula nak mengganggu. Aku pejamkan mata. Bukan takut, namun cuba menumpukan konsentrasi untuk menyelesaikan masalah. Suara itu masih mempermainkan mindaku. Terlintas di mindaku akan bayangan sebuah wajah yang sudah kehilangan kulit pipi kanannya lantas menampakkan gigi dan rahangnya. Matanya sebelah kiri sudah lompong tanpa bola mata.

Kerana terlalu terkejut, aku membuka mata. Lantas terlihat di hadapanku sebuah lembaga yang tingginya memenuhi ketinggian bilik air. Kira-kira dua meter. Seluruh badannya hitam. Wajahnya tidak kelihatan kerana hitam wajahnya. Aku pun tak pasti pada mulanya sama ada dia menghadap aku atau membelakangi aku. Aku hanya mengetahui arah pandangannya setelah aku melihat perutnya menghadap aku. Maka tahulah aku bahawa dia sedang menghadap aku. Matanyapun hitam. Tak boleh nak nampak.

Bersambung di episod kedua...

Selasa, 28 April 2015

Matematik!!!

Assalamu'alaikum

Apa khabar semua? Asyik-asyik tengok post dakwah Ejun aje. Kali ni kita nak berjimba sikit dengan author matematik yang dah lama tak pegang laptop untuk menyebar ilmu. Almaklumlah, busy sikit sejak ada job ni. Bukan job rasmi. Job saja-saja takde kerja. Jadi, korang rasa nak belajar pasal apa hari ni? Ada yang nak belajar add math tak? Jangan kata tak ada sudahlah. Add math la subjek yang paling perlu untuk pelajar tekankan. Aish! Dah keluar bahasa cikgu.

Tak apa la. Disebabkan tak ada sesiapa yang nak belajar matematik tambahan, kita akan kongsi sebuah tips nak mantop dalam matematik. Yeah! Matematik ni senang je. Aku minat sangat dengan matematik disebabkan dulu aku lemah matematik. So, aku cari jalan penyelesaian macam mana nak master matematik. Dan akhirnya aku dah boleh ajar orang lain. Memang thrill jalan ceritanya.

So, jalan penyelesaian untuk penyakit lemah matematik ialah minat. Kalau asyik kata tak suka, macam mana nak skor? Kena ada minat, baru boleh bersungguh. Kena bersungguh, baru boleh skor. Macam mana nak minat? Telaah buku matematik setiap hari. Buat latihan. Mahirkan mengira. Hah! Baru boleh nak minat matematik. Orang kata, orang yang suka matematik ni orang yang pandai selesaikan masalah. Wah! Nilai tambah untuk penggemar matematik.

Nah! Contohnya di dalam matematik. Kita disuruh mencari nilai unknown bagi n^2 + 3 = 4. Maka kita akan berusaha bersungguh-sungguh mencari jawapan bagi permasalahan matematik tersebut. Sama juga jika kita menghadapi masalah seperti nak kumpul duit untuk beli handphone berharga RM 700. Mesti kita akan kira berapa banyak duit yang kita perlu kumpul sehari untuk mencapai target dalam masa yang telah ditetapkan. Yang tu contoh sahaja. Ada yang lain. Sendiri fikir.

Kalau kita rasa bosan nak buat latihan, bayangkan apa yang akan terjadi kalau ahli matematik di dunia ni semua dah tak ada. Kita sahaja yang tinggal untuk menyebarkan ilmu matematik. Matematik juga merupakan salah satu ilmu yang bermanfaat. Maka itu merupakan sebuah peluang serta keperluan untuk kita menjadi pakar dalam matematik.

Siapa kata orang matematik tak boleh bertutur dengan bahasa indah? Aku boleh! Takkan saintis lagi pandai daripada tuhan yang menciptakan manusia. Allah dah tetapkan manusia ni terlalu hebat sehingga mampu menundukkan segala makhluk lain yang ada atas bumi. Buktinya? Kita gunakan elektrik untuk keperluan harian. Kita makan daging lembu atau kambing. Kita gunakan makhluk yang bernama batu untuk membina bangunan. Itulah buktinya.

Maka, tak perlu nak tunjuk banyak bukti lagi untuk mengatakan bahawa kita mampu menguasai kesenian dan juga fakta. Otak kita ni, kita sendiri yang control. Tak perlu nak ada pembuktian daripada saintis yang tak rujuk Al-Quran. Kita sendiri baca Al-Quran, kita sendiri patut tahu hakikat penciptaan manusia.

By the way, dah nama tajuk pun matematik, aku nak bagi satu law dalam matematik tajuk indices atau indeks. 'Law'nya adalah n^0 = 1. Nah! Dah dua tahun aku tinggalkan sekolah, benda ni pun aku ingat lagi. Mudah je matematik ni. Semoga kita berjumpa di lain post. Itupun kalau Ejun tak terus membuli aku dengan melambakkan idea dia di dalam blog ini dan tak bagi chance pada aku nak post. Huhuhu. Sekian. Wassalam.